rebecca west

Koleksi Ulasan Buku The Young Rebecca
_____

“Rebecca West menulis semuanya. Novel, esei, buku bukan fiksi, laporan. … Seperti Orwell, dia turut meramalkan apa yang bakal dibawa oleh kurun ke-20, terutamanya tentang ideologi, isme-isme yang berlambakan, yang baik dan yang buruk. Rebecca melihatnya lebih awal, lebih jelas. Dia seorang Sosialis, feminis, sufragis, namun mampu menilik ideologi-ideologi besar ini dan menanggapi kepincangan di dalamnya, dan berterus-terang tentang apa yang dilihatnya.”

“Rebecca West melihat percanggahan-percanggahan dalam gerakan yang diperjuangkan di sekelilingnya. Walaupun istilah ‘anti-feminisme’ dan ‘prejudis seksual’ (seperti yang disebut orang pada zamannya, pada awal kurun ke-20), menimbulkan kemarahannya (dan baginya, agak tolol) – dia juga berasa keliru dan kecewa kerana masalah ekonomi sebenar pada zaman itu diabaikan. Dia menggelarkan wanita kelas pertengahan dan kelas atasan sebagai ‘parasit’. Sistem patriark telah mencipta generasi wanita parasit tidak berguna, yang tidak pernah perlu bekerja sepanjang hidup mereka, yang dimanjakan dan dibelai dan dijaga, dan tidak akan pernah faham mengapa keadaan wanita miskin seperti yang dilihat pada ketika itu. Mata mereka dibutakan oleh keistimewaan hidup. Seorang wanita parasit tidak sedarpun bahawa ia seorang parasit, kerana masyarakat yang dihuninya memang bertujuan untuk memastikan dia sentiasa bodoh, kenyang, dan selesa. Mesej inilah yang tidak mahu diterima oleh para sufragis. Ideologi yang besar-besar jarang mahu mencermin diri.”

– Petikan ringkas, diterjemahkan, daripada salah satu artikel Sheila O’Malley yang mengulas buku The Young Rebecca: Writings of Rebecca West 1911-17.

http://www.sheilaomalley.com/?p=103395

Beberapa artikel lain yang meneruskan ulasan buku yang sama (beserta petikan-petikan daripada buku tersebut, himpunan tulisan Rebecca West) ada disertakan pautannya di bawah.

http://www.sheilaomalley.com/?tag=the-young-rebecca

Ini seorang perempuan yang menulis dengan bijak, humor, dan garang.

http://www.sheilaomalley.com/?p=45990

 

Advertisements
Tagged , , , ,

dongeng kecantikan (II)

Agaknya bagaimanakah rupanya seorang ‘wanita profesional yang serius’ mengikut piawai dongeng kecantikan masa kini?
Penyampaian rancangan TV seperti berita mungkin dapat memberi jawapannya. Seorang lelaki berusia yang bersifat kebapaan, digandingkan dengan seorang pemberita wanita yang jauh lebih muda, dengan tahap kecantikan yang menepati tuntutan profesional.

Gandingan imej ini – lelaki lebih tua dan berwibawa, duduk di sisi seorang wanita yang lebih muda, menggiurkan dan bermekap tebal – menjadi suatu paradigma untuk perhubungan wanita dan lelaki di tempat kerja. Pengaruh imej ini begitu kuat dan bermaharajalela: kelayakan ‘kecantikan profesional’ yang pada mulanya digunakan untuk memudahkan orang menerima wanita pada kedudukan berautoriti semakin berleluasa pengaruhnya, sehingga wanita cantik profesional seperti model dan penghibur pula diambil untuk dibentuk menjadi penyampai TV.

Menjelang tahun 1980-an, ejen yang mencari penyampai TV menyusun pita rakaman ujibakat mereka di bawah kategori seperti “ Penyampai Lelaki: 40 ke 50”, tanpa sebarang kategori yang serupa untuk wanita. Calon penyampai wanita pula dinilai berdasarkan penampilan fizikal melebihi kemahiran penyampaian atau pengalaman mereka.

Mesej daripada pasukan pemberita ini mudah difahami. Bahawasanya, seorang lelaki yang berkuasa ialah seorang individu yang unik, tidak kiralah bagaimanapun keunikan itu ditampilkan – wajah yang sedikit senget, kulit berkedut, rambut beruban, rambut palsu, botak, gempal, buncit, kerut-kerut muka, atau leher berlipat; sementara kematangan seorang lelaki ialah sebahagian daripada kekuatannya. Kalaulah piawai untuk menilai wanita digunakan untuk menilai lelaki dalam penyampaian rancangan TV, kebanyakan lelaki yang ada akan kehilangan pekerjaan.

Sebaliknya pula, seorang wanita perlu memiliki kemudaan dan kecantikan untuk memasuki lapangan studio yang serupa. Berbekalkan penampilan yang muda dan cantik, dilitupi oleh mekap tebal, seseorang pengacara wanita dipersembahkan sebagai sesuatu yang tidak ada keunikannya, dan serupa sahaja antara mereka – hanya seorang ‘klon penyampai’ dalam slanga industri. Dengan kemudaan dan kecantikan ini, seorang wanita bekerja akan mendapat perhatian, tetapi tiada keistimewaan, kerana sifat yang dipamerkan dan menjadi sandaran itu tiada keunikan. Namun begitu, tanpanya – jika dia tidak muda atau cantik – seseorang wanita akan terus diabaikan dan tidak dipedulikan langsung.

-terjemahan petikan bab kedua The Beauty Myth (Dongeng Kecantikan), Naomi Wolf

Tagged , ,

fine the way you are

I went for a massage today after work. It took place in a kampung setting, in the masseuse’s house. As she worked her (painful) art, we conversed about life, a bit about love, and women’s bodies, and how love and beauty is not determined by a woman’s body.

I told her that I run in the evenings. (I didn’t tell her that I lift weights). I told her that I used to worry about being plump, and I used to aim to slim down. But now, I aim to be fit. Being fit and being slender are two different things, they may overlap but they can exist independently.

Some women have never, and may never match the standards of slenderness as dictated by the media and beauty products. Those who do (or choose to chase that particular goal) may suffer continuously from diets, endless slimming products (which can be poisonous), and feeling that they always are short of some vague, obscure beauty goal.

Most women will be able to be fit, and feel happy while achieving it. Most women (and men) will swear to the joys of exercise, and the feel-good effect of eating right. Not dieting per se, but eating right.

***

As I left her house, the wise masseuse, mother of six, plump and healthy, and proudly never had fights with her husband since her marital age of 16, said – as her parting words.

“Don’t poison yourself with slimming meds, or torture yourself with diets. You don’t need to. You’re exactly fine the way you are.”

Tagged , ,

Marah, Mendidik, Kepedulian dan Ikan Masin

Dalam 2 tahun lepas, seorang doktor senior memberitahu (rasanya sambil bersiap-siap untuk berbuka puasa di bilik rehat jabatan),

“Saya tak pernah berani nak marah orang. Takut tersalah marah, nanti berdosa.”

Saya juga teringat suatu tulisan seorang doktor dari India yang pernah saya baca. Menurutnya, lebih kuranglah,

“Jangan memilih doktor kerana budi bahasa dan kebaikan bicaranya semata-mata. Kadang-kadang doktor yang baik dan lemah lembut ini kurang kemahiran. Lihat doktor yang paling banyak pesakit yang mempercayainya, paling cekap dan paling tinggi rekod kejayaan. Pilihlah doktor ini walaupun kadang-kala mereka mungkin agak kasar dan kurang pandai berkomunikasi. Hal ini kerana kebaikan dan lemah lembut doktor tidak akan menyelamatkan nyawa kamu, tetapi kecekapan dan kemahirannya ketika merawat kamu.”

****

Saya pernah menulis di FB suatu ketika dahulu bahawa saya tidak bersetuju dengan marah-marah atau garang-garang, apatah lagi untuk tujuan mendidik.

Namun begitu sentiasa ada dua wajah pada sekeping syiling. Dua muka pada sehelai kertas, dan dua permukaan pada sebelah tangan (dengan warna yang selalunya berlainan!)

Guru-guru yang mengajar kanak-kanak nakal (atau remaja berontak) setiap hari akan menegaskan perlunya mereka menunjukkan kemarahan dan mengenakan hukuman.

Doktor-doktor yang berhadapan dengan khalayak yang sungguh aneh pemikirannya, kasar bahasanya, dan degil pula apabila diberi penerangan, akan menegaskan bahawa berbahasa lembut santun kadang-kadang tidak memberi kesan apa-apa. Apatah lagi jika nyawa yang menjadi taruhan akibat keputusan yang tidak bijak.

Ketua atau penyelia di pejabat yang berhadapan dengan pekerja yang tidak berdisiplin dan tidak menyempurnakan tugas, akan menegaskan bahawa kalau tidak dimarah dan dikenakan tindakan, anak buah mereka tidak akan berubah.

****

Ada sesuatu yang lebih teruk daripada kemarahan atau kebencian. Sesuatu yang dinamakan ketiadaan peduli atau ‘indifference’. Tak kisah. Suka hatilah kalian nak buat apa, tak menjejaskan hidup aku.

‘Pacifism’ atau mengutamakan kedamaian dan mengelakkan konflik, bagi saya, sangat mudah untuk tergelincir menjadi ketiadaan peduli atau ‘indifference’.

Malah sebenarnya jika dipandang daripada suatu sudut lain, orang yang rela mengambil risiko memarahi untuk mendidik, sebenarnya ialah orang yang sangat berani dan bertanggungjawab. Mengapa? Memarahi bukan senang. Ia memenatkan, menghabiskan tenaga, dan meninggalkan rasa tidak senang hati selepas itu.

(Saya tidak pernah berasa gembira dan puas dan lega selepas memarahi sesiapa. It leaves a nasty residual taste in my tongue, my heart, and my mind. Tetapi kalau anda junior saya dan anda merisikokan nyawa pesakit kerana kecuaian anda, dan anda wajar dimarah, ya saya akan marah anda. I’ll teach you, but I’ll scold you. I don’t usually shout or raise my voice, but you wouldn’t miss my anger. Quoting Mrs Gansey (rasanya dalam The Raven Boys), “People shout when they don’t have the vocabulary to whisper.” I have plenty.)

Memarahi memungkinkan seseorang tidak disukai atau diumpat. Memarahi secara beretika juga memerlukan kemahiran dan penilaian yang jitu – supaya tidak melampaui batas, tidak terbawa-bawa, supaya menggunakan ‘dos’ kekerasan yang sepatutnya sahaja tanpa berlebihan dan tidak pula menggunakan kekasaran yang tidak wajar. Bukan senang.

Seperti kata senior saya yang dipetik tadi,

“Saya tak pernah berani nak marah orang. Takut tersalah marah, nanti berdosa.”

Jadi, bukankah senang untuk diam-diam dan jaga hal sendiri sahaja? Jangan marah, dan jangan peduli. Biarkan saja.

****

Biarkan sahaja murid tidak membuat kerja sekolah, membuli rakan, dan ponteng kelas, mungkin tugas mereka jadi lebih mudah, hanya mengajar ala kadar, pulang selepas habis waktu kerja, dan tandakan pangkah banyak-banyak pada semua kertas peperiksaan yang dijawab salah. Bukan salah guru, murid yang tidak mahu menerima ajaran.

Biarkan masyarakat terjun dengan labu-labu mereka, beban tugas doktor di hospital tidak akan ketara berkurang atau berlebih kalaupun masyarakat dibiarkan membuat tindakan mengarut.

Biarkan pekerja culas di pejabat dibuang kerja hanya dengan ‘dismissal letter’ tanpa sebarang bicara atau marah atau tengking.

****

Masyarakat (dan doktor junior, dan pekerja pejabat, dan murid, dan siapa sahaja) mungkin terguris apabila menerima kemarahan dan ‘teguran kasar’. Ego kita akan mempersoalkan kredibiliti orang yang memarahi, dan mencari-cari alasan mengapakah nasihat orang ini tidak boleh diterima. Masyarakat yang rasa terguris membaca marah yang kasar daripada doktor mungkin akan mencari-cari alasan, dan bertanya sesama sendiri, antara kelompok yang sama-sama terguris, untuk mencari pengukuhan mengapa doktor ini tidak boleh dipercayai.

Jangan begitu. Jadilah rasional. Lihatlah apa yang mahu disampaikan dan kaji dengan objektif. Matlamat kita sama. Mahu menyelamatkan nyawa dan membela rakyat. Pekerja yang merajuk dengan amarah bos dan berhenti kerja, atau pekerja yang menjadikan kemarahan itu sebagai pembakar semangatnya lalu berusaha keras hingga berjaya menjadi bos beberapa tahun kemudian, hah siapa yang jadi pemenang?

Saya pernah dimaki teruk dan dimarah dahsyat sewaktu posting awal-awal dahulu. Beberapa kali terlintas untuk berhenti sahaja from this profession and get away from all these seniors. Tapi keazaman yang lebih kuat adalah “Saya akan tunjukkan kepada kamu semua yang maki saya ini bahawa saya pandai, malah lebih pandai daripada kamu semua. Lantak la nak extend sampai setahun pun. I’ll show you.”

Saya ulang semula petikan tulisan seorang doktor dari India yang pernah saya baca.

“Jangan memilih doktor kerana budi bahasa dan kebaikan bicaranya semata-mata. Kadang-kadang doktor yang baik dan lemah lembut ini kurang kemahiran. Lihat doktor yang paling banyak pesakit yang mempercayainya, paling cekap dan paling tinggi rekod kejayaan. Pilihlah doktor ini walaupun kadang-kala mereka mungkin agak kasar dan kurang pandai berkomunikasi. Hal ini kerana kebaikan dan lemah lembut doktor tidak akan menyelamatkan nyawa kamu, tetapi kecekapan dan kemahirannya ketika merawat kamu.”
****

Marah dengan cara yang salah memang tidak betul. Memaki dan mencaci juga tidak betul. Kita kata Tuhan dan Nabi juga marah, maki, dan caci, tetapi konteks yang digunakan dan ‘kebenaran mutlak’ yang kita yakini pada Tuhan dan Nabi (kalau Tuhan dan Nabi kata orang itu jahat, maka orang itu jahat) tidak ada pada kita. Kutuk dan hina tidak boleh.

Tapi tidak peduli juga tidak boleh.

Orang yang sanggup menggadaikan ketenangan jiwanya, tenaga dan masanya, malah mengambil risiko mengutip dosa, demi mendidik orang lain, dan memastikan tidak ada orang lain yang menjadi mangsa kesilapan, sebenarnya orang yang sangat bertanggungjawab, kerana diam, tidak marah, dan tidak peduli itu lebih mudah daripada memarahi dengan beretika dan memenuhi semua syarat-syarat yang diperlukan.

Marah itu sebenarnya perlu. Kalau kita berada pada posisi yang mengajar, posisi yang memikul tanggungjawab, kita wajib pandai marah. Kita perlu tahu keadaan yang memerlukan marah, dan perlu tahu cara menzahirkannya dengan cara mendidik.

Dan kalau kita dimarahi, jangan lekas menolak semuanya. Pasti ada kebaikan yang terselit di celah-celah kemarahan itu. Orang yang marah dan berkasar dengan kita mungkin memang si jahat yang keji dan tak berguna, tapi dia akan pergi daripada hidup kita, sekejap saja kehadirannya. Mungkin kita akan mengambil tindakan terhadapnya dan menghukumnya kerana berkasar dengan kita. Itu hak kita.

Tetapi benda yang ditegur atau disampaikannya, mungkin akan berguna untuk kita sampai bila-bila.

If life gives us lemons, make lemonades. Try not to throw the lemons away sebab mesti ada gunanya. And as my bro says, kalau hidup beri kita garam, buatlah ikan masin.

Tagged , , ,

Bahasa Kasar Baru Mahu Membaca?

 

Kadangkala, beberapa kali sebulan, saya berkesempatan menjemput adik bongsu dari sekolahnya. Waktu berdua-dua dalam kereta ini – selain daripada sama-sama mendengar muzik kegemaran dan meneliti liriknya satu persatu (itu antara kesukaan adik saya) – ialah ketika untuk berbincang tentang macam-macam perkara kehidupan atau kesenian. Out of all my adik-adik, she reminds me most of my younger self, with similar interests, similar psychological issues (uh-huh) and probably less rebelliousness (and better taste in fashion).

Adik saya suka (dan cuba) membaca buku apa sahaja yang saya baca, walaupun komitmen belajarnya menghalang kuantiti bacaan yang banyak (ya dia lebih rajin belajar daripada saya, waktu sebaya dia dahulu saya lebih banyak menelaah buku cerita ha ha ha – atau mungkin tuntutan pengajian zamannya, 15 tahun selepas zaman saya, jauh lebih menekan!). Suatu kegembiraan apabila bacaan yang saya syorkan diladeni dengan ghairah oleh sesiapa sahaja, apatah lagi adik sendiri. Buku yang masih dihadamnya sekarang ialah koleksi karya Hans Christian Andersen dalam terjemahan Bahasa Inggeris (kerana bahasa asalnya ialah Jerman) yang saya beli di Manchester hampir 10 tahun lalu, setelah menghabiskan Alif The Unseen tulisan G.Willow Wilson.

______

Saya bercerita tentang buku yang ketika itu saya sedang baca dengan taksub, The Raven King tulisan Maggie Stiefvater. (Adik juga peminat Raven Cycle, malah sebenarnya dia yang mula-mula ‘memperkenalkan’ saya kepada penulisnya).

Kakak: “The thing about reading her stories, each of the sentences she constructed, they made me stop and savour the words. I had to read slower, because otherwise I’d miss the beautiful words and sentences.”

Adik: “But all books need to be read slowly to understand and enjoy the sentences lah.”

Kakak: “No. You felt that way because of the kinds of books that you read. Think about the last time you read a ‘simpler’ book.”

Adik: “Yeaaaa. I read The Vampire Diaries the other day and I got through it very fast. The sentences are normal and nothing special to enjoy. Just read for the story. It wasn’t like Alif the Unseen, for example.”

Saya teringat pula ketika adik membaca mukadimah dalam buku Hans Christian Andersen yang ditulis oleh penterjemahnya, apabila penterjemah membandingkan versi-versi lain yang lebih awal, dengan versi terjemahannya sendiri. Adik saya bersetuju bahawa versi terjemahan yang dibacanya nampak paling indah. (Contoh versi lain yang diberi adalah sedikit sahaja, dan penterjemah yang menulis itu mungkin bias, ya kebarangkalian ini tak dapat ditolak).

Suatu yang menggembirakan apabila orang di sekeliling saya menghargai keindahan bahasa, apatah lagi kalau orang itu ialah adik sendiri yang dilihat setiap hari.

______

Benarkah orang ramai perlu dipujuk dengan bahasa yang kasar supaya seronok dan mahu membaca? Ketika ada orang berusaha bersungguh-sungguh menggalakkan orang membaca sehingga terpaksa menggadaikan keindahan bahasa, atau mendefinisikan keindahan bahasa dengan cara baru, perlu ada pengkarya dan pembaca yang mengerti harga bahasa yang indah dan mampu menyampaikannya dengan cara komersil juga. Supaya tidak timbul isu masyarakat perlu bahasa yang buruk dan kasar barulah mereka mahu membaca.

Tagged , , , ,

life(ing) is drive(ing)

What is life? Life is driving at dusk, in the half-light that is partway between day and night, classical music blaring from the disc player, going as fast as a small Viva would allow.

Life is pressing the accelerator pedal, taking the left lane and overtaking the slow commuters in the right lane, or overtaking the slow commuter on the left side of the road while keeping an eye on the far beams of lorry lights upfront coming from the opposite side – surely, surely I’m faster, I’ll get into my own lane safely in a few seconds, gear, accelerator, speed, switch and switch, no burst of adrenaline because chance is taken every day in life and a slim escape is an escape. Every day in the ICU and the OT taught me that. Escapes are always narrow.

Life is realising that one has been on a steady cruise of positive moods and optimism and productivity for an abnormally long time and wondering if, or when, the crash would come, and wondering that perhaps I’ll get lucky and stay on just this side of the right temperament all the time.

Life is cruising along the road behind a trudging van, no need to rush as the home approaches, because all the speeding have been done earlier, while the dusk sky dances in shades of unreal color with no name.

Tagged , , , , ,

Adik, Nak Lari Ke Mana Tu?

(ini, istimewa untuk setiap insan yang menunaikan amanah dalam kehidupannya sehari-hari, dan lebih istimewanya untuk rakan-rakan doktor)
________________________

Teknik ‘fundal pressure’, mengenakan tolakan pada fundus atau kemuncak rahim yang sarat ketika pembedahan Caesarean, bertujuan untuk membantu mengeluarkan bayi, bukanlah sesuatu yang enteng. Perlu ditemukan tempat menekan yang betul supaya tujahan itu menolak bayi keluar melalui bukaan yang dibuat, daya tekanan harus kuat terus menerus, seolah-olah mengambil alih tugas ibu ‘meneran’ bayi. Membuat ‘fundal pressure’ ibarat meneran tanpa henti, menyalurkan tenaga kepada kedua-dua tangan, perlu mampu bertahan lama.

Mungkin kerana itulah adik HO yang menjadi pembantu MO O&G pada suatu tengah malam itu begitu sukar melakukannya.

***

Malam sudah semakin larut, tetapi lampu dewan bedah tidak pernah padam, serupa sahaja tanpa mengira waktu, sementara kami yang bertugas ‘oncall’ mengendalikan kes tanpa henti. Sakit urat dan lenguh-lenguh saja yang memberitahu bahawa sebenarnya sudah seharian kami bekerja. Saya menguruskan pembiusan dan memastikan kestabilan pesakit, manakala rakan O&G melakukan tugas membedah dengan cekap untuk menyelamatkan kedua-dua ibu dan bayi. Lapis-lapis otot perut dibuka, sampai ke rahim, lantas rahim pula dibuka. Bayi di dalam perlu dikeluarkan segera, diseluk dan digapai oleh doktor yang membedah, sementara pembantunya menolak dari atas. Memberi ‘fundal pressure’, meneran bagi pihak ibu yang terbaring dibius menunggu.

Adik HO ini mungkin baru belajar. Tentu baru belajar. Tentu kepenatan bekerja sepanjang hari. Menekan ‘fundal pressure’ bersungguh-sungguh, tetapi teknik tidak betul, tekanan tidak kuat, bayi tidak keluar. Arahan diberi. Teguran diberi. Kaedah dibetulkan. Adik HO berusaha, tetapi tidak menjadi. Tidak kena. Masa belum lama berlalu, tetapi terasa sangat panjang. Saat dan detik setiap satunya ibarat emas untuk bayi yang menanti memulakan nafas.

Ketika tenang-dalam-cemas itu tiba-tiba adik HO mengangkat tangan, cepat-cepat beredar ke tepi, tiba-tiba. Spontan MO meninggikan suara. “Awak nak ke mana tu? Tekanlah!”

Mungkin terkejut, mungkin mendapat keazaman baru, mungkin tiba-tiba menjadi yakin, adik HO ini meneruskan usahanya, mengenalpasti kedudukan bayi, mengenakan ‘fundal pressure’ bersungguh-sungguh, beserta galakan dan tunjuk ajar, akhirnya, kepala bayi terpacul keluar. Tali pusat dipotong, dan bayi merengek-rengek sebelum meraung bertasbih.

***

Saya sudah menjadi doktor selama hampir lima tahun. Bermula di O&G sebagai HO, kemudian menjadi MO Anaestesiologi/Rawatan Rapi. Saya tidak pernah tidak berasa kelegaan dan takjub dan syukur setiap kali, tiap-tiap kali, melihat kepala bayi terpacul keluar dari rahim ibu. Saya pasti rakan-rakan O&G yang membuat pembedahan dan mengendalikan kelahiran secara langsung, lebih-lebih lagi sentiasa dalam ketakjuban.

Namun malam itu saya mendapat pengajaran baru.

***

Selepas keadaan beransur tenang, dengan suara rendah saya bertanya, separuh bergurau.

“Adik, awak nak lari ke mana tadi?”
Adik HO tersipu-sipu di sebalik topeng muka.
“Entahlah, saya tak pandai, biarlah orang lain yang buat.”
MO O&G (yang sebenarnya tidak garang) mencelah.
“Siapa orang lain yang nak buat tu? Awak je yang ada. Awak je yang kena buat.”

Adik HO mengangguk, mungkin dia juga mendapat pengajaran seperti saya.

****

Sering kali antara maut dan hidup, yang berdiri terpinga-pinga hanyalah kita. Sering kali yang menuntun pesakit ke arah ketentuan takdirnya , sama ada bangun semula esok hari atau menamatkan ceritanya malam ini – hanyalah seorang doktor biasa. Sering kali, untuk membuat keputusan-keputusan yang terlalu besar, mencucuk jarum-jarum, tiub dan menorehkan pisau yang terlalu ngeri – demi menyambung nyawa, demi meneruskan hayat, supaya anak-anak tidak kehilangan ibunya, dan isteri tidak kehilangan suaminya – tidak ada sesiapa yang akan mengambil alih tempat kita.

Walaupun, saya pasti, begitu ramai antara kita, pada detik-detik itu, akan memberikan apa sahaja untuk mencari pengganti. Biarlah orang lain yang membuat keputusan-keputusan itu, biarlah orang lain yang merawat pesakit tenat itu, biarlah nanti orang lain yang memikul beban memberitahu keluarganya – kalau gagal diselamatkan nyawanya.

Seorang doktor kecil, dengan ilmu setitis di hujung jari, hati sebesar penumbuk, kitalah itu, kitalah orangnya, yang telah dan akan berhadapan dengan pelbagai situasi besar yang menggerunkan. Kita tidak akan lari, tidak boleh lari, kerana tanggungjawab ini tidak ada orang lain yang akan memikulnya. Ke mana kita mahu lari, siapa yang akan mengganti?

Tidak ada. Kitalah yang perlu melakukannya. Dan kita melakukannya dengan ikhlas, dengan tawakal, dengan cara terbaik yang kita tahu, dengan keyakinan bahawa setiap pengalaman baru – baik darah mahupun air mata, mungkin tangis bayi yang gembira atau pesakit yang dibenarkan keluar ICU penuh ceria – akan menambah kemahiran untuk lebih berbakti dan berjaya pada masa akan datang.

Dan iltizam itulah yang melayakkan kita memperkenalkan diri,
“Assalamualaikum puan/tuan, saya doktor anda untuk hari ini.”

Selepas itu, apa pun yang terjadi, kita tidak akan lari.

Tagged , ,

produk kecantikan

Suatu perkara yang sering tiada pada kotak-kotak produk ‘kecantikan’ dan ‘kesihatan’ dalam pasaran hari ini ialah senarai bahan-bahan di dalamnya. Tidak, bukan hanya ‘mengandungi kolagen, ekstrak grape fruit dan manjakani’ (contoh rawak), tetapi perincian satu persatu, dengan jelas, seperti yang dinyatakan pada kotak ubat gigi atau sabun mandi anda.

Benar, senarai itu pun masih boleh dipalsukan atau ditipu. Tapi kewujudannya bukankah lebih baik daripada tiada langsung? Kita juga boleh membuat semakan silang (cross reference) tentang tiap-tiap satu bahan kimia aneh yang tertulis. Google kan ada. Saya tidak akan selesa menempek sesuatu di muka hanya dengan janji dan testimoni, atau meyakini kehebatan sesuatu produk hanya dengan melihat kesannya, atau beriman dengan janji pengeluar ‘dijamin tiada kesan sampingan’.

Kesan yang dihajati (kulit cantik, tubuh kurus, alat kelamin mantap, apa saja) dapat dicapai dengan bermacam-macam cara. Cara ‘halal’ yang selamat dan rendah risiko, atau cara ‘haram’ yang semberono dan berisiko tinggi. Kesan sampingan juga tidak semestinya terus muncul hari ini, atau minggu depan, atau tahun depan. Ia mungkin menggigit tulang dan perut dengan barah sepuluh tahun lagi, mengunyah buah pinggang lima belas tahun lagi, atau mencacatkan anak-anak kita yang masih belum dititiskan ke dalam rahim pada hari ini.

Berhati-hatilah memeriksa bahan pilihan yang anda makan atau guna. Jangan jadi mangsa.

_____

Gambar hiasan, produk gunaan sendiri. Tentu masih ada risiko kesan sampingan – risiko sentiasa ada untuk setiap pilihan, bezanya hanya kecil atau besar – tetapi saya memilihnya dengan mengetahui apa yang tersenarai, dan mencuba dengan berhati-hati.

Selepas enam bulan, saya tidak bertukar menjadi putih gebu atau berkulit licin mulus. Saya sama saja seperti biasa, dengan kulit kusam dan mata sembab selepas oncall semalaman. Ia tidak menyebabkan saya rasa hodoh, terhina, atau perlu mengambil ubat pemutih STAT.

Gaya hidup saya – tidur kurang dan tidak tentu masa, joging di bawah cahaya matahari – tentu turut meninggalkan kesan pada wajah, seperti seorang manusia normal. Namun begitu kulit saya sihat dan tidak menunjukkan tindak balas luar biasa (seperti parut yang hitam dan bintik-bintik merah ketika saya pernah tertipu menggunakan ‘produk ajaib’ juga beberapa tahun lepas), jadi saya masih selesa menggunakan serum yang satu ini.

_____

I’m a normal, healthy woman with normal skin, and I’m happy with that, and I look for a product that helps me to improve myself within the confines of normality – not beyond it to achieve miraculous, but unsustainable and probably dangerous results.

Tagged , , , ,

if you have a death wish

This morning as I was driving to work, I saw this gold-yellow car overtaking other cars very recklessly, barely missing vehicles coming from the opposite direction – two lorries, respectively – and I only saw the car did it twice, I don’t know if it carried on in the similar manner further ahead.

Look. I get it if you had a death-wish. I do too, sometimes. I get it if you are sick of the world, tired of the cheating politicians and high prices and El Nino and that slob at work who ‘lipat’ on his job like a pro, leaving you to pick up the mess. I get it that sometimes being reckless is a way to release frustrations, to feel brave in a largely helpless situation, to chase that sweet beckoning release of death.

But please, don’t do it when I am directly behind you, and I had to reflexively swerve left for fear of the impact of your impending crash hitting me as well. Please don’t do it when I am also rushing to work, and I would feel guilt-torn to stop and help with whatever remains of your bang to glory. Please don’t do it when the fella in the van or lorry in front of you is only trying to get to work in peace, not be assaulted by an oncoming speed devil and probably end up in hospital as well.

So if any drivers out there have a death wish or repressed anger, I understand, I get it, by all means go tend to your urges – but do it in private where you wouldn’t splatter onto others in the process.

Tagged ,

esok dia senyum lagi

cinta itu apabila kau mahu hidup
dan berhenti mencari mati
kerana mahu melihat wajahnya senyum
sebelum malam diganti pagi
dan mendengar suaranya berbisik
esok matahari akan terbit lagi

Tagged , ,